JDT benam Persija Jakarta 3-0


PENYERANG JDT Hazwan Bakri diraikan oleh rakan sepasukan apabila menjaringkan gol pertama pada perlawanan peringkat kumpulan H Piala AFC 2018 di Stadium Larkin di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/ Gambar RAJA JAAFAR ALI



JOHOR BAHRU 14 Feb. - Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menghadapi masalah untuk mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan kumpulan Piala AFC apabila menundukkan Persija Jakarta, 3-0.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini menyaksikan Hazwan Bakri, Jorge Pereyra Diaz dan Safawi Rasid mencetak nama selaku penjaring.
Gol pertama JDT muncul pada minit ke-29 apabila Hazwan berjaya menewaskan penjaga gol Persija Jakarta, Andritany Ardhiyasa selepas menerima bola hantaran Azrif Nasrulhaq.
Diaz kemudian melebarkan jaringan tuan rumah menjadi 2-0 pada minit ke-41 menerusi gerakan solo menarik.
Gol ketiga JDT hadir pada minit ke-76 apabila rembatan deras Safawi berjaya menerjah gawang pelawat. - UTUSAN ONLINE

Ulasan