“I'm thankful because the long wait to return to action finally ended and it was sweeter when I was trusted to guard JDT's goal in the match the other day.”

SAYA SEPERTI MENDAPAT ‘NYAWA’ KEMBALI
Saya bersyukur kerana penantian yang panjang untuk kembali beraksi sudah berakhir dan pastinya lebih manis apabila mendapat kepercayaan jurulatih untuk mengawal gawang JDT pada perlawanan tempoh hari.
Sememangnya ada perasaan gugup selepas lama tidak beraksi namun galakan dan sokongan daripada rakan sepasukan yang kerap memberi kata-kata semangat, mencetus keazaman buat saya untuk mempamerkan aksi terbaik.
Saya hanya lakukan rutin biasa sahaja dengan mengikut arahan dan tunjuk ajar daripada jurulatih sebelum turun beraksi. Malah saya turut mengkaji kekuatan dan kelemahan pasukan lawan. Alhamdullilah semuanya berjalan baik dan kami mendapat keputusan positif dengan kemenangan 3-0.
Mengenai isu penggantungan, biarlah ia menjadi sejarah dan saya sudah melupakan detik hitam itu. Kini tumpuan saya adalah untuk memberi sepenuh komitmen buat JDT dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) dan Piala AFC.
Farizal Marlias, Penjaga Gol Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
——
I FEEL LIKE I HAVE BEEN REBORN
I'm thankful because the long wait to return to action finally ended and it was sweeter when I was trusted to guard JDT's goal in the match the other day.
Of course I felt a bit nervous because I haven't played for so long but the encouragement and motivation from team-mates who gave me pep talks have inspired me to do my best.
I did the regular routines, followed instructions and advice from the coach before playing. I also studied the opponents' strengths and weaknesses. Alhamdulillah everything went well and we got a positive result by winning 3-0.
Regarding the suspension, let's let it be history and I already forgot about that dark moment. Now my focus is to give my full commitment to JDT to take on the M-League and the AFC Cup.
Farizal Marlias, Johor Darul Ta'zim FC Goalkeeper

Ulasan