“I feel a very close connection with Sabah and Sarawak. I was treated very well and felt appreciated during my visits to both states.” -HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

NEGERI-NEGERI LAIN AMAT MENARIK BAGI SAYA TETAPI SABAH DAN SARAWAK TERLALU ISTIMEWA BUAT SAYA.
Baru-baru ini saya telah dimaklumkan ada satu laman sosial Facebook telah menjemput saya untuk menjadi presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang pertama ke Sabah menyaksikan perlawanan Piala FA. Saya amat menghargai jemputan tersebut, namun bagaimanapun saya tidak dapat untuk pergi ke Sabah bagi menyaksikan perlawanan tersebut kerana saya perlu memberi ucapan dalam majlis bersama Belia Johor pada hari Sabtu ini.
Tetapi semasa saya baru dilantik sebagai Presiden FAM, mesyuarat EXCO pertama FAM telah diadakan di Sabah dan pada masa itu saya berkesempatan mengadakan lawatan di sana. Saya amat menghargai dan benar-benar terharu dengan layanan yang diberikan sewaktu berada di Sabah ketika itu.
Saya merasakan terdapat sesuatu berkaitan Sabah dan Sarawak yang begitu istimewa dengan saya. Saya diberi layanan yang amat baik, rasa amat dihargai, negeri yang menarik dan rakyat yang sangat baik serta sangat dekat di hati saya. Orang-orang di Sabah dan Sarawak amat berbeza dengan mereka yang di Semenanjung. Bukanlah saya mengatakan orang di Semenanjung tidak baik, tetapi ianya satu perkara yang berbeza.
Setiap negeri ada keistimewaan tersendiri kepada saya. Sebagai contoh, ramai yang rapat dengan saya di Semenanjung adalah mereka yang dari negeri Selangor. Kenapa? Kerana saya membesar di Seksyen 9, Shah Alam dan sepupu saya juga adalah dari sana. Tambahan pula, saya mempunyai ramai rakan dari Selangor. Kelantan juga merupakan tempat yang amat istimewa kerana di situ tempatnya saya melakukan terjunan payung terjun untuk kursus Airborne. Sewaktu di Kelantan, orang-orang di sana benar-benar melayani saya dan menganggap saya sebahagian daripada mereka. Manakala di Perak, saya membesar di Ipoh dan Kuala Kangsar kerana Bonda saya berasal dari sana. Oleh itu, hanya segelintir sahaja orang Perak yang kepalanya tidak betul dan menimbulkan masalah iaitu mereka yang mendakwa diri mereka kononnya ‘Hooligan’ (samseng bola sepak) sedangkan kebanyakan orang Perak yang lain sebenarnya merupakan orang yang sangat-sangat baik.
Melaka juga tidak terkecuali, ia tempat yang istimewa di mana saya melakukan latihan payung terjun disana dan orang-orang di Melaka melayani saya dengan sangat baik. Itu antara pengalaman saya. Negeri lain seperti Pahang juga merupakan tempat yang menarik kerana saya juga telah beberapa kali ke sana untuk bermain polo bersama Ayahanda dan bapa saudara saya. Saya juga amat rapat dengan bapa saudara saya. Di Pahang juga saya bersama pasukan polo saya menjadi pasukan pertama yang menjadi juara di bumi Pahang. Saudara mara saya juga dari sana dan sewaktu saya masih kecil saya sering ke kediaman bapa saudara saya, Pemangku Raja Pahang. Saya juga amat rapat dengan Tengku Muda Pahang. Oleh itu, setiap negeri mempunyai sesuatu yang istimewa buat saya.
Walaubagaimanapun, terdapat sesuatu yang berbeza tentang Sabah and Sarawak yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Saya pernah ke Sarawak untuk menyaksikan satu perlawanan dan terdapat lebih 32,000 orang di situ yang bersorak dan mengucapkan selamat datang kepada saya. Itu satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan dan amat-amat saya hargai dan akan sentiasa tersemat di hati saya bagaimana sambutan mereka terhadap saya.
Jika bola sepak boleh menjadi lebih bertamadun dan lebih bersatu serta tiada keganasan dan kebencian, negara ini mempunyai potensi untuk melakukan keajaiban dalam bola sepak. Jika pesaing boleh bersaing dengan baik di dalam padang dan apabila di luar padang boleh sama-sama berbincang bagaimana untuk membantu meningkatkan sukan ini, pasti ada sesuatu yang menarik akan berlaku. Itu adalah yang berlaku di Itali, Sepanyol, Portugal dan England di mana kebanyakan pemilik kelab dan pengurusan adalah rakan. Mereka bersaing di padang tetapi di luar padang mereka memberi idea antara satu sama lain tentang bagaimana untuk berkembang. Dan itulah sebabnya mengapa bola sepak dipanggil permainan yang indah.
Oleh itu, saya sangat menggesa dan saya benar-benar berharap agar kita dapat menghentikan kebencian. Hentikan keganasan dan hanya fokus pada permainan yang sihat ini dan menghayatinya. Kerana itu adalah sesuatu yang dapat kita saling berkongsi dengan menjadikannya menarik di negara ini. Jadi, ini adalah apa yang ingin saya katakan, saya sekali lagi memohon maaf kerana saya tidak dapat datang ke Sabah kali ini tetapi pada masa akan datang, saya pasti akan ke sana dan menonton bola sepak di sana. Ia akan menjadi satu penghormatan buat saya.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
———
OTHER STATES ARE GREAT BUT SABAH AND SARAWAK ARE VERY SPECIAL TO ME
Recently I was informed that a social media page on Facebook had invited me to be the first Football Association of Malaysia president to attend a FA Cup match in Sabah. I am deeply honoured by the invitation but regrettably I am not able to attend the match as I am due to give a speech at a Johor Youth event this Saturday.
I remember when I was first elected as the FAM President, the first FAM exco meeting was held in Sabah and at that time I had the opportunity to make my very first visit to that beautiful state. I was honoured and deeply touched by the hospitality shown to me by the Sabahans during my visit.
I feel a very close connection with Sabah and Sarawak. I was treated very well and felt appreciated during my visits to both states. These are two states with equally great attributes and exceptionally warm people of which I keep very close to my heart. People in Sabah and Sarawak are very different from the people in the peninsula. I'm not saying the people on the peninsula aren’t great, but they are different.
Every state has its own uniqueness. For instance, many of those who are close to me from this side of the country come from the state of Selangor. You may ask why? It’s simply because I grew up in Section 9, Shah Alam together with my cousins and they are from there. Adding to this, I also have many friends from Selangor. Kelantan is also special to me because it was in Kelantan where that I did the jump to earn my airborne wings. During my short stint in Kelantan, I was also treated nicely and they made me feel included as one of them. I also spent some time in Ipoh and Kuala Kangsar where my mother spent most of her childhood. With this, there’s only a handful of trouble makers who clearly are not all there mentally, labelling themselves as "hooligans" whereas the rest of the people of Perak are genuinely really good people.
Melaka is special to me as well. That was where I underwent my airborne training, and the people of Melaka showed me the same hospitality. Those are some of my fondest memories of Melaka. Pahang is another interesting state. I played polo there with my father and with my uncles whom I am really close to. I won my first Malaysian polo tournament in Pahang. My cousins are from there and when I was younger, I was fond of going to my uncle's palace who is also the Regent of Pahang. I share a close bond with the Tengku Muda of Pahang. That said, I share something special with all the states.
There is something really special about Sabah and Sarawak that needs to the mentioned. As I recall when I visited Sarawak, I witnessed a match that had 32,000 roaring fans chanting and greeting me in unison at the stadium. It is an experience that I will never ever forget and I will cherish the tremendously warm welcome shown towards me. If football could be more civilised and more united towards fighting hatred, this country could have the potential to do wonders for football. Should competitors compete admirably on and off the pitch and come together to discuss ways on how to improve the sport, surely it will be most interesting. This is how it is done in Italy, Spain, Portugal, and England. Their club owners and managers are friends. They compete on the field and work out together how to grow the sport off the field. That is why football is called a beautiful game.
That being said, I really do hope that we stop all the hatred. Stop the animosity and focus on a healthy game and enjoy it because this is something we can all share together and make the game better in this country. Once again, I would like to apologize for not being able to attend the game in Sabah this time round but I will definitely won’t miss it should the opportunity arise again. It would be a great honour to me.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Ulasan