"I feel that FMLLP should not take any action or deduct points from those involved, and let them continue to compete in the M-League." -HRH Crown Prince of Johor

BIARKAN PARA PENAJA SENDIRI MELIHAT MENGAPA BOLA SEPAK MALAYSIA TIDAK BERKEMBANG KE ARAH PROFESIONAL
Saya telah dimaklumkan bahawa pihak FMLLP akan memotong mata dan memberikan hukuman kepada persatuan-persatuan yang tidak melengkapkan dokumen-dokumen pendaftaran pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia.
Saya memahami tindakan FMLLP ini adalah untuk memastikan liga ini berjalan secara profesional dan mahu menunjukkan kepada para penaja yang terdapat permintaan tinggi untuk menjadikan liga ini profesional. Walaubagaimanapun saya tidak bersetuju dengan tindakan tersebut kerana ia akan mewujudkan spekulasi daripada mereka yang kurang bijak dan mengatakan saya atau Kelab Bolasepak JDT ingin mensabotaj pasukan-pasukan lain yang sedang berada di puncak liga kononnya.
Oleh itu, saya berpendapat pihak FMLLP tidak perlu mengambil tindakan atau memotong mata pasukan terbabit dan sebaliknya biarkan sahaja mereka terus bertanding dalam Liga Malaysia ini. Biarkan para penaja kita yang telah mengeluarkan beratus-ratus juta ringgit melihat sendiri kenapa liga kita tidak boleh berkembang. Bukan sahaja mengenai persatuan yang tidak profesional tetapi juga mentaliti para penyokong bola sepak tanah air. Walaupun informasi, ‘timeline’, penerangan berkait cara keputusan di buat dan dokumen-dokumen diperlukan telah dikongsikan pihak FMLLP tetapi para penyokong bola sepak tanah air masih tidak faham lagi, saya hanya boleh ucapkan selamat maju jaya.
Akhir sekali, saya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pemilik Kelab Bolasepak JDT ingin meminta maaf kepada para penaja yang telah mengeluarkan beratus juta ringgit untuk melihat liga ini profesional. Kerana inilah jawapan mengapa bola sepak Malaysia tidak boleh berkembang ke arah profesional, di mana ia disebabkan oleh mentaliti dan sikap yang kuno.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
———
LET THE SPONSORS SEE WHY MALAYSIAN FOOTBALL IS NOT PROGRESSING TOWARDS PROFESSIONALISM
I have been informed that FMLLP will be deducting points and will hand out punishments to associations that did not complete their respective registration documents for teams competing in the M-League.
I understand that FMLLP's reason is to prove to the many sponsors that the league is being run professionally as they have already invested a lot of money to raise the level of football in the country. I do not however agree with this particular action as it will create speculation among those less intelligent ones. They may insinuate that I or even Johor Darul Ta'zim FC is trying to sabotage other teams at the top.
With this, I feel that FMLLP should not take any action or deduct points from those involved, and let them continue to compete in the M-League. Let our sponsors (who have forked out hundreds of millions ringgit) see for themselves why our league is not progressing. We are not only failing to progress in our associations but also the overall mentality of local football fans. Despite the fact that FMLLP had shared the information, timeline, explanations on what documentations are needed, the fans still do not understand. I can only wish them the best of luck.
Lastly, I as the President of the Football Association of Malaysia (FAM) and owner of JDT FC would like to apologise to our sponsors who have invested hundreds of millions of ringgit to see this league become professional. Unfortunately, this is the reason why Malaysian football is not progressing towards professionalism. It’s due to the stone-aged attitude and mentality.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

Ulasan