JUARA Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal bangkit
daripada ketinggalan satu gol di tangan Kuala Lumpur selepas aksi dua pasukan
itu bersambung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, hari ini.
Kuala Lumpur mendahului menerusi jaringan Paulo Josue di penghujung
babak pertama sebelum aksi ditangguhkan pada minit ke-57 susulan keadaan padang
ditakungi air namun JDT gagal menemui sentuhan penyudah meskipun mendominasi
permainan sekali gus akur tunduk 1-0.
Kemenangan pertama buat skuad 'The Hawks' pada musim ini
menyaksikan mereka berjaya keluar dari tangga tercorot liga sementara JDT yang
mengutip enam mata ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, PKNS FC.
Kuala Lumpur dilihat lebih banyak bertahan dengan JDT
lebih agresif untuk memburu gol menerusi tandukan Luciano Figueora yang ditepis
Kamarul Effandi Rahim pada minit ke-59 sebelum percubaan Harris Harun tepat ke
dakapan Kamarul.
Kamarul yang memperagakan aksi memukau semalam dilayangkan kad
kuning selepas cuba melambatkan perlawanan ketika Kuala Lumpur cuba untuk
mempertahankan kelebihan satu gol.
Bagaimanapun, penyerang tuan rumah, Guilherme De Paula berjaya
melepasi pertahanan JDT namun percubaannya sekadar tersasar pada minit ke-78.
Tandukan
Figueroa sekali lagi tersasar pada minit ke-80 sebelum percubaan Hariss berjaya
dikeluarkan di atas garisan oleh Hisyamuddin Shaari pada minit ke-86.
Ulasan
Catat Ulasan