Langkau ke kandungan utama

Harimau Selatan baham Sang Badak

Harimau Selatan baham Sang Badak

Kota Kinabalu 3 Mac 2017-Pemain Import Pasukan JDT ,Gonzalo Gabriel meraihkan jaringan gol kedua pasukannya ketika menentang pasukan Sabah pada Piala FA Malaysia 2018 di Stadium Likas di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/Irwan Majid


KOTA KINABALU 3 Mac - Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya layak ke pusingan ketiga Piala FA selepas menewaskan Sabah 2-1 dalam perlawanan masa tambahan di Stadium Likas malam ini.
Taring skuad Harimau Selatan ternyata lebih unggul daripada tanduk Sang Badak apabila bangkit daripada ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama untuk mencapai kemenangan di hadapan lebih 20,000 penyokong tuan rumah.
Sabah yang masih belum tewas dalam lima perlawanan Liga Perdana sebelum ini terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke 24 melalui penyerang dari Korea Selatan, Gilhon Lee hasil permainan satu dua dengan Hector Omar Ramos.
Tersentak dengan jaringan itu, JDT bangkit di masa kedua melalui jaringan Luciano Gabriel Figueroa pada minit ke 52 untuk menyamakan kedudukan.
Gonzalo Gabriel akhirnya berjaya mencetak kemenangan kepada pasukannya pada minit ke 95 hasil rembatan dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol Sabah, Robson Rendy. - UTUSAN ONLINE

Ulasan