Pendedahan perkara itu dibuat pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi satu video berdurasi tiga minit yang dimuat naik ke dalam akaun Facebook rasmi kelab Johor Southern Tigers malam ini.
Menurut Tunku Ismail, Morais meninggalkan JDT kerana mahu bersama isterinya yang akan menjalani pembedahan di Portugal dan beliau menghormati keputusan tersebut.
“Tetapi juga lagi satu isu...pergaduhan antara Jorge Pereyra Diaz sejak pramusim dan apabila saya buat siasatan terperinci masalahnya datang daripada jurulatih kecergasan kita bernama Fernando.
“Dari dulu kalau kita tengok ada tiga coach...daripada Bojan Hodak sampai ke Mario Gomez sampai ke Benjamin Mora, mesti ada masalah dengan pemain-pemain,” katanya.
Tunku Ismail memberitahu, apabila ada jurulatih baharu menyertai JDT mereka akan membawa pasukan sendiri terdiri daripada jurulatih kecergasan dan fisioterapi, sekali gus membuatkan Fernando kurang senang.
Disebabkan rasa kurang senang itu, katanya, Fernando menggunakan hubungan rapat dengan pemain untuk memastikan mereka akan ada masalah dengan jurulatih.
“Jadi mengapa Jorge Pereyra Diaz bergaduh dengan coach sampai keluar kata-kata kesat sehingga coach pun hilang hormat terhadap orang tersebut....oleh kerana Fernando tu asyik mencucuk, mencucuk, mencucuk sampai meletup dan kerana itu masalah bermula.
“Sekarang yang lebih simple, saya dah siasat semua dan akan sack (pecat) jurulatih kecergasan tersebut. Apabila saya sack dia, saya cakap dengan Technical Director dan Sporting Director - kalau saya sack jurulatih kecergasan itu saya pasti pemain tersebut pun akan ikut.
“Jadi saya ucapkan good luck, no problem. Takde orang lebih besar daripada kelab. You screw up dan kacau keharmonian kelab, you are out. That’s it...good bye,” katanya.
Pada masa sama, Tunku Ismail turut mengingatkan pihak lain yang mahu menjadi ‘profesor’ supaya tidak menimbulkan senario kurang senang dan mengelirukan penyokong.
Ulasan
Catat Ulasan