“As for tomorrow's match, we have studied recordings of Persija Jakarta's matches. We will tell our players how they have to play and what strategies to implement during the match.”

KAMI SUDAH BERSEDIA UNTUK MEMASTIKAN PERANCANGAN MENDAPATKAN TIGA MATA BERJAYA
Kami akan berhadapan dengan satu lagi perlawanan yang berbeza dari perlawanan yang sebelum ini. Kami juga telah mengenalpasti akan kemampuan pasukan Persija Jakarta. Walaubagaimanapun kami akan bermain di laman sendiri, oleh itu kami perlu memastikan perancangan kami berjalan lancar untuk mendapatkan tiga mata penting.
Kami baru sahaja beraksi untuk perlawanan bertemu pasukan Kuala Lumpur pada tiga hari lepas, begitu juga dengan pasukan Persija yang juga mempunyai perlawanan dua hari lepas. Esok kami akan melakukan keputusan untuk menentukan siapa pemain yang terbaik untuk diturunkan sebagai kesebelasan utama. Untuk perlawanan esok, Cabrera tidak akan diturunkan kerana kita sudah melebihi pemain import.
Satu perkara yang bagus dalam pasukan kami adalah kami dapat merasakan bahawa semua pemain kami mahu bermain untuk perlawanan esok. Bagi kami di barisan kejurulatihan, ia memudahkan kami untuk melakukan pemilihan pemain kerana kami tahu beberapa pemain telah pun bekerja keras dalam perlawanan sebelum ini. Dan mereka masih mempunyai semangat untuk perlawanan esok. Itu adalah semangat dan tanggungjawab yang sangat bagus dalam diri setiap pemain.
Mengenai perlawanan esok, kami sudah meneliti video perlawanan pasukan Persija Jakarta. Kami akan memberitahu para pemain kami bagaimana mereka perlu bermain dan apakah strategi yang perlu pemain kami lakukan ketika menentang pasukan lawan.
Ulisses Morais, Ketua Jurulatih Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
*******
OUR PLANS ARE READY AND WE WILL WIN THOSE THREE POINTS
We will be facing another game and it is a different one. We have identified Persija Jakarta abilities. We will be playing on home ground and we will ensure our plans go smoothly in order to win those 3-points.
We just had our last match against Kuala Lumpur 3 days ago and so has Persija two days ago. Tomorrow we will decide who the best players are to be fielded. Cabrera will not be one of them because we already have enough imported players on our list.
On the plus side, our team are all ready to go for tomorrow's match. Everyone wants to play. For us the coaching staff, it is easy to pick who should play because we know some have worked hard at the last match. They are still in high spirits for tomorrow's game. This sense of duty and high spirit is good in all the players.
As for tomorrow's match, we have studied recordings of Persija Jakarta's matches. We will tell our players how they have to play and what strategies to implement during the match.
Ulisses Morais, Johor Darul Ta'zim FC Head Coach

Ulasan