ALL STATE AND PRIVATE ISLAMIC INSTITUTIONS MUST ABIDE TO GUIDELINES SET BY JOHOR ISLAMIC AFFAIRS DEPARTMENT HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

PENDIDIKAN AGAMA ISLAM DALAM SEMUA INSTITUSI PENGAJIAN ISLAM DAN PUSAT PENDIDIKAN SWASTA PERLU MEMATUHI GARIS PANDUAN YANG DITETAPKAN OLEH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
Saya mahu Pendidikan Agama Islam dalam semua institusi Pengajian Islam di Johor termasuk pusat-pusat Pendidikan Swasta mematuhi semua syarat serta garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Berkuasa Negeri terdiri daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), khususnya dalam aspek-aspek yang melibatkan silibus pendidikan dan pengajaran di setiap institusi tersebut.
Saya ingin tegaskan jangan ada pihak cuba melobi pegawai kerajaan atau JAINJ pergi bercuti dengan tujuan ingin membawa silibus dan tenaga pengajar luar negara masuk ke dalam Negeri Johor.
Saya juga berpandangan bagi memastikan mutu Pendidikan Agama Islam di setiap pelusuk Negeri Johor tetap terpelihara, tenaga pengajar serta warga kerja setiap Pusat Pendidikan itu perlu diambil dari kalangan lulusan yang terpilih daripada Kolej Pengajian Islam Negeri Johor (MARSAH) atau Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ).
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor
———
ALL STATE AND PRIVATE ISLAMIC INSTITUTIONS MUST ABIDE TO GUIDELINES SET BY JOHOR ISLAMIC AFFAIRS DEPARTMENT
I have instructed that all Islamic studies taught in state or private islamic study institutions must follow the guidelines set by the governing bodies of Johor State Islamic Affairs Department (JAINJ) and Johor’s Council of Islamic Affairs (MAINJ).
I would like to stress that no one is to attempt to lobby state officials or JAINJ officers by taking them on holidays with the hope of persuading them to allow foreign teachers or syllabuses into the state of Johor.
I also feel that to ensure the highest standards of Islamic studies throughout Johor, all teachers and teaching staff must be hired from accredited colleges like the Johor College of Islamic studies (MARSAH) or the Maahad Tahfiz Negeri Johor (MTNJ)
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor cum Chairman of Johor Council of Islamic Affairs

Ulasan