A briefing session involving managers and coaches of district teams competing in the JDT League was held on 15th February 2018 in the Meeting Room at the Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Stadium, Larkin.

TAKLIMAT PENGURUS DAN JURULATIH LIGA JOHOR DARUL TA’ZIM 2018
Satu sesi taklimat membabitkan para pengurus dan jurulatih pasukan-pasukan daerah yang bertanding dalam Liga Johor Darul Ta’zim (JDT) telah diadakan pada 15hb Februari 2018 di Bilik Mesyuarat, Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin.
Pertandingan Liga JDT ini membabitkan saingan antara pasukan daerah-daerah negeri Johor untuk;
- Piala Tunku Putera Johor (Bawah-12)
- Piala Tunku Panglima Johor (Bawah-14)
- Piala Tunku Laksamana Johor (Bawah-16)
- Piala Tunku Temenggong Johor (Bawah-18)
- Piala Tunku Mahkota Johor (Bawah-20)
- Piala Sultan Johor (21 hingga 28)
Antara yang turut disampaikan dalam sesi taklimat tersebut adalah berkaitan cara pendaftaran, kelayakan, format pertandingan serta spesifikasi padang. Taklimat tersebut dipengerusikan oleh Pengurus Pembangunan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), En K.Sukumaran. Luaskan Kuasamu Johor.
*******
BRIEFING FOR 2018 JOHOR DARUL TA'ZIM LEAGUE COACHES AND MANAGERS
A briefing session involving managers and coaches of district teams competing in the Johor Darul Ta'zim (JDT) League was held on 15th February 2018 in the Meeting Room at the Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Stadium, Larkin.
The JDT League involves Johor district teams in;
• Tunku Putera Johor Cup (U12s)
• Tunku Panglima Johor Cup (U14s)
• Tunku Laksamana Johor Cup (U16s)
• Tunku Temenggong Johor Cup (U18s)
• Tunku Mahkota Johor Cup (U20s)
• Sultan Johor Cup (21 to 28)
Among the info shared during the briefing session involved registration, qualification, match format, and pitch specification. The briefing was chaired by Johor Football Association development manager Mr K. Sukumaran. Luaskan Kuasamu Johor.










Ulasan