JOHOR BAHRU: Berstatus juara Liga Super empat musim
berturut-turut meletakkan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi pasukan pilihan
untuk meneruskan pencapaian terbaik pada musim ini sejak pasukan itu melakukan
transformasi pada musim 2013.
Namun pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilihat lebih
selesa memilih untuk mengelak tekanan awal kepada pasukannya dengan menyasarkan
kelompok tiga teratas liga, suku akhir Piala FA serta Piala Malaysia.
Jika diimbas kembali perancangan itu, ia tampak berkesan kerana
mereka mengambil pendekatan satu perlawanan ke satu perlawanan untuk melakar
kemenangan dan seterusnya muncul juara liga.
Walaupun sedar betapa saingan pada musim baharu nanti tampak
lebih mencabar, skuad Harimau Selatan bagaikan mahu mengulangi pencapaian musim
lalu dan kehadiran beberapa pemain muda mampu mengimbangi gandingan dengan
pemain senior.
Kehadiran Adam Nor Azlin dan Syamer Kutty Abba yang menyertai
JDT pada musim ini dan kelibat Jorge Pereyra Diaz, Luciano Figueroa dan Hariss
Harun yang kembali menguatkan skuad, membuatkan JDT tampak ampuh di setiap
posisi.
Skuad kendalian Ulisses Morais berjaya mempertahankan kejuaraan
liga musim lalu dan julung kali menjuarai Piala Malaysia. Ia pasti menyuntik
semangat pemain memburu kejuaraan kelima berturut-turut untuk memburu slot
automatik beraksi di pentas saingan kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada
musim depan.
Mengulas persiapan menghadapi musim 2018, Morais menegaskan
kesemua pemain begitu komited sepanjang latihan dan bersedia memulakan kempen
liga dengan aksi pertama menentang Kedah merebut Piala Sumbangsih.
"Saya berpuas hati dengan prestasi setiap pemain sepanjang
aksi persahabatan pramusim, malah mereka kerap memberi kerjasama dan mengikut
setiap perancangan taktikal," katanya.
Yang pasti, kelibat Farizal Marlias bakal mewarnai semula kancah
Liga M selepas penggantungan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan tamat
pada 10 Februari ini dan hanya terlepas dua perlawanan liga.
Kehadiran Farizal mampu
menguatkan gawang JDT yang hanya menaruh sandaran kepada Izham Tarmizi Roslan
dan Haziq Nadzli sepanjang baki saingan Liga M pada musim lalu.
PEMILIK JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) memilih untuk mengelak
tekanan awal kepada pasukannya dengan menyasarkan kelompok tiga teratas liga,
suku akhir Piala FA serta Piala Malaysia. - Foto Shahril Badri Saali
JURULATIH JDT, Ulisses Morais (tengah) terus diberi kepercayaan
membimbing skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi musim 2018. - Foto Osman Adnan
PEMAIN JDT, Safiq Rahim dan Aidil Zafuan Abd Radzak tiba di Dataran
Bandaraya Johor Bahru bagi memperaga Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu.
- Foto Mohd Azren Jamaludin
Walaupun sedar betapa saingan pada musim baharu nanti tampak
lebih mencabar, skuad Harimau Selatan bagaikan mahu mengulangi pencapaian musim
lalu dan kehadiran beberapa pemain muda mampu mengimbangi gandingan dengan
pemain senior.
Kehadiran Adam Nor Azlin dan Syamer Kutty Abba yang menyertai
JDT pada musim ini dan kelibat Jorge Pereyra Diaz, Luciano Figueroa dan Hariss
Harun yang kembali menguatkan skuad, membuatkan JDT tampak ampuh di setiap
posisi.
Skuad kendalian Ulisses Morais berjaya mempertahankan kejuaraan
liga musim lalu dan julung kali menjuarai Piala Malaysia. Ia pasti menyuntik
semangat pemain memburu kejuaraan kelima berturut-turut untuk memburu slot
automatik beraksi di pentas saingan kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada
musim depan.
Mengulas persiapan menghadapi musim 2018, Morais menegaskan
kesemua pemain begitu komited sepanjang latihan dan bersedia memulakan kempen
liga dengan aksi pertama menentang Kedah merebut Piala Sumbangsih.
"Saya berpuas hati dengan prestasi setiap pemain sepanjang
aksi persahabatan pramusim, malah mereka kerap memberi kerjasama dan mengikut
setiap perancangan taktikal," katanya.
Yang pasti, kelibat Farizal Marlias bakal mewarnai semula kancah
Liga M selepas penggantungan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) akan tamat
pada 10 Februari ini dan hanya terlepas dua perlawanan liga.
Kehadiran Farizal mampu menguatkan gawang JDT yang hanya menaruh
sandaran kepada Izham Tarmizi Roslan dan Haziq Nadzli sepanjang baki saingan
Liga M pada musim lalu.
Ulasan
Catat Ulasan