KUALA LUMPUR: Pemain Johor Darul Ta'zim (JDT),
Dominic Tan dan Syamer Kutty Abba tidak sabar menampilkan aksi terbaik mereka
dalam Liga Portugal.
Kedua-dua pemain itu akan menghabiskan satu musim secara pinjaman dengan pasukan divisyen tiga, Vilaverdense FC.
Dominic menyerlah ketika Malaysia mara ke suku akhir Kejohanan
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 (B-23) Tahun di China, baru-baru ini
manakala Syamer kerap bermain dalam skuad senior dan remaja sejak tahun lalu.
"Tahap bola sepak di Portugal sangat bagus dan saya harap
dapat meraih pengalaman berguna di sana. Walaupun ia hanya kelab divisyen tiga,
saya percaya ia akan menjadi kompetitif dan mencabar," kata Dominic
sebelum dia dan Syamer berlepas ke Portugal, semalam.
"Saya perlu bermula dari kosong apabila menyertai kelab
itu. Saya tidak meletakkan sasaran untuk diri saya tetapi akan melakukan yang
terbaik dan menerima semua cabaran."
Perjanjian pinjaman itu akan menguntungkan kedua-dua pemain
kerana mereka mungkin jarang dapat bermain bersama JDT pada musim ini.
"Syamer dan saya akan saling membantu untuk menyesuaikan
diri dengan bola sepak di Portugal. Kami harap akan kembali ke JDT dengan lebih
bagus apabila tamat perjanjian pinjaman ini," katanya.
Nazmi Faiz Mansor adalah pemain Malaysia pertama menyertai kelab
Portugal. Pada 2012, dia menandatangani perjanjian tiga tahun bagi menyertai
Liga Primeira, Beira Mar sebelum pulang hanya selepas enam bulan.
Ulasan
Catat Ulasan